Sekapur Sireh

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya laman web ini telah dapat di paparkan di sini untuk tatapan semua.

Sekolah merupakan tempat formal untuk mendapatkan pendidikan berteraskan Sukatan Pelajaran Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara. Kemajuan sekolah akan tercapai melalui misi dan visi sekolah yang dihalatujukan. Oleh itu saya mengalu-alukan tuan dan puan melayari laman web ini untuk mengetahui sedikit sebanyak maklumat mengenai sekolah kami yang mana masih muda, baru mencapai seusia dua tahun.

Walaubagaimana pun kami akan terus mengemaskinikan laman ini dari masa ke semasa agar maklumat yang yang dipaparkan sentiasa terkini. Semoga laman web ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua. Syabas dan Tahniah!

Terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk melayari laman web ini.
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan